April 16, 2009

Ceramah Pilihan April 2009 - 16.04.2009- Ustaz Ridhuan Ismail

Ringkasan Kuliah. (tafsir surah yasin ayat 71 ke ata)

Di dalam kuliah kali ini, penceramah telah memetik tafsir surah yasin dari ayat 71 yang antara lain telah menyatakan bahawa Allah SWT yang telah menciptakan binatang untuk kegunaan manusia, minuman dan tunggangan dan bahkan telah memberi ianya semua kepada manusia. Tetapi manusia di sebalik pemberian Alla SWT tetap ingkar kepadaNYA bahkan menyembah Tuhan lain. Allah SWT selanjutnya menemplak mereka ini dan menyatakan Tuhan yang mereka sembah tidak mampu menolong mereka pada hari kiamat kelak bahkan akan menjadi bahan bakar kepada mereka kelak.

Selanjutnya, di dalam surah yasin juga ada dinyatakan, Allah SWT yang telah mencipta manusia daripada air mani tetapi apabila hidup manusia yang diciptanNYA adalah penentant yang nyata.

Penceramah juga membandingkan sikap manusia di zaman jahillliyah di mana satu peristiwa yang berlaku lebih kurang 5 tahun sebelum kenabian Nabi Muhammad SAW iaitu peristiwa pembinaan semula Kaabah. Seperti mana yang umum tahu, manusia di zaman ini terkenal dengan kejahatan melampau seperti perlacuran, menyembah berhala, membunuh bayi dan sebagainya. Tetapi apa yang perlu di fikirkan, apabila mereka ingin membina Kaabah walaupun mereka hidup dalam jahillliah, terdapat syarat yang mereka telah persetujui:-

a) Penyumbang kepada binaan Kaabah mesti bebas daripada unsur riba
b) Penyumbang kepada binaan Kaabah mesti bebas dari unsur penindasan
c) Penyumbang mesti mempunyai rekod bersih daripada perbuatan zalim.

Begitu teliti mereka dalam pembinaan Kaabah walaupun nur islam belum lagi sampai pada mereka apatah lagi ayat al quran khususnya amaran Allah kepada sesiapa yang ingin merobohkan Kaabah di dalam surah Al Fil.

Kisah ini dibandingkan dengan sekelompok manusia di zaman sekarang di mana, agama islam telah lengkap. Di mana di dalam satu kisah benar, di utara Malaysia, di mana adanya musafir yang ingin mengadakan tazkirah di surau dan ingin tumpang bermalam di surau tetapi di halang dan di halau sekerasnya oleh Pengerusi Masjid walaupun manusia ini berulang-ulang kali membaca surah yasin tiap2 minggu.

Lihat lah perbezaan bagaimana kafir jahilliyah menjaga rumah Allah dengan halusnya dan bagaimana sikap golongan "islam" ini menyalahgunakan kuasa dalam memakmurkan rumah Allah.

Antara lain juga, penceramah menyatakan bahawa tokoh-tokoh agama patut menegur sikap2 orang seperti ini dan bukannya lebih memarahi non muslim yang memetik ayat quran yang betul maksudnya.

Wallahua'alam.